Malah, pelaksanaan program berkenaan dilihat amat bertepatan dalam usaha mengubah nasib masyarakat luar bandar dan meringankan beban ibu bapa serta penjaga yang kurang berkemampuan.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Mohd. Affendy Mohd. Saad berkata, program yang dilaksanakan di 10 buah sekolah itu selaras dengan usaha Pejabat Pendidikan Daerah yang me­nyasarkan daerah ini sebagai tiga daerah terbaik di negeri ini dalam pencapaian pendidikan.

Katanya, pelaksanaan program itu terbukti mencapai matlamat apabila seramai 17 pelajar berpotensi daripada golongan kurang berkemampuan berjaya dilon­jakkan pencapaiannya dalam pe­periksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

“Program ini sememangnya besar ertinya dalam membantu kita meningkatkan kecemerla­ngan pendidikan daerah. Ia dapat memperbanyakkan program kecemerlangan yang dirancang di sekolah.

“Saya berharap program ini dapat diterus dan diperluaskan yang mana kita akan menyokong penuh program yang dilaksanakan ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temerloh Jaya, Rahani Abdul Kadir berkata, pelaksa­naan Tuisyen [email protected] di sekolah itu berjaya meningkatkan kecemerlangan dalam pencapai­an SPM tahun ini.

Jelasnya, pelaksanaan tuisyen yang menggunakan guru-guru pakar dengan pelbagai alat bantuan pengajaran dan pembelajaran memudahkan pelajar terlibat menguasai setiap mata pelajaran.

Katanya, pelaksanaan program berkenaan membawa manfaat besar khususnya kepada ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke kelas tambahan.

“Saya harap sekolah kami terus dipilih memandangkan di sini terdapat pelajar daripada pelbagai kelompok keluarga termasuk buruh kasar dan penjaga yang tidak berpendapatan tetap menyebabkan segala program serta tuisyen ditanggung pengurusan sekolah.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan khususnya kementerian berkaitan yang mencetuskan idea pelaksanaan Program Tuisyen Rakyat ini di sekolah-sekolah bagi membantu pelajar kurang berkemampuan,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar, Nur Evynea Jezzyra Arnold, 18, berkata, program berkenaan sememangnya banyak membantunya dalam mencapai kejayaan dalam SPM apabila dia berjaya mendapat keputusan 6A dalam peperiksaan itu baru-baru ini.

Dengan pendapatan bapanya yang bekerja sebagai operator mesin, katanya, adalah sukar bagi­nya mengikuti kelas tuisyen di luar yang memerlukan per­belanjaan agak tinggi.

“Saya bersyukur kerana terpi­lih dalam program ini yang mana ia banyak membantu saya mencapai kecemerlangan,” ujarnya.