Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan agar bendera negeri Selangor dikibarkan separuh tiang.

“Merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong dan seluruh rakyat negeri Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Menjunjung titah Sultan Selangor yang berkenan agar bendera negeri Selangor dikibarkan separuh tiang bermula hari ini dan hari esok sebagai tanda menghormati kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Semoga roh Almarhum mendapat husnul khatimah, dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di syurga penuh nikmat,” kata Menteri Besar dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE