Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Beberapa peruntukan rang undang-undang MKN harus diperhalusi

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (kanan) dan Pengerusi Jemaah
SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V (kanan) dan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah (dua, kiri) berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-240 yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Negara, semalam. Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob (dua, kanan) dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah. BERNAMA

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Majlis Raja-raja berpendapat beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu diperhalusi.

Majlis Raja-Raja menzahirkan pandangan itu selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyembahkan taklimat mengenai rang undang-undang itu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-240 di Istana Negara di sini, hari ini.

“Bagi maksud tersebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang ke-240 akan mewasalkan warkah kepada Perdana Menteri,” kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan di sini.

Rang Undang-undang MKN 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu dan kemudiannya diluluskan oleh Dewan Negara pada 22 Disember.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini dihadiri kesemua Raja kecuali Sultan Pahang yang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, selaku Pemangku Raja Pahang.

Perkara-perkara mengenai agama Islam, pelantikan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Ahli Dilantik Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, pelantikan Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, pelantikan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Atasan turut dibincangkan dalam mesyuarat itu. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain