Pejabat Utusan Malaysia Biro Kelantan turut terjejas dan operasi terpaksa dipindahkan ke lokasi lain.

Biarpun menghadapi kesukaran operasi akhbar ini tetap diteruskan seperti biasa bagi memberikan laporan terbaik kepada pembaca.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati air turut memenuhi Wisma Persekutuan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Jalan-jalan utama di bandar ini turut ditutup. - UTUSAN ONLINE