AMIRUDIN SHARI
AMIRUDIN SHARI 

Oleh demikian, Menteri Besar, Amirudin Shari menjelaskan pihaknya kini sedang mengesan sumber kehadiran bahan kimia itu terlebih dahulu bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab melakukan pencemaran tersebut.

“Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor kini sedang mengatasi dan mengawal pencemaran dengan melakukan kerja menyedut minyak yang telah terperangkap dalam kolam takungan untuk diangkat serta dibuang ke kawasan sepatutnya.

“Sehingga pukul 10 malam semalam, kerja pembersihan telah mencapai 60 peratus dan saya yakin proses ini akan selesai pada hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Amirudin hadir merasmikan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) peringkat Negeri Selangor yang turut dihadiri Pengarahnya, Nor Zahidi Abdul Rahman.

Kelmarin, Sungai Klang tercemar dengan pembuangan sisa dipercayai bahan kimia yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab dan polis masih mengesan pemilik sebuah lori tangki yang disyaki ada kaitan dengan kes pembuangan bahan kimia di kolam takungan di Taman Eng Ann.

Dalam perkembangan lain, Amirudin menjelaskan, pihaknya akan merujuk kepada Penasihat Undang-Undang untuk memperkemaskan lagi penguatkuasaan tindakan terhadap kilang-kilang haram agar lebih efektif dalam menangani pencemaran alam sekitar.

“Mungkin jumlah saman dan hukuman yang dikenakan kurang menakutkan individu-individu tidak bertanggungjawab. Kita mahu melihat mekanisme tertentu dalam menangani masalah selain mengelakkan perkara sama terus berulang.

“Setakat ini, kita telah mengaktifkan semula penguatkuasaan kilang haram yang diketuai bawah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Ng Sze Han bagi melihat masalah berkenaan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE