Azwanddin,46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di kedua-dua mahkamah berkenaan.

Di hadapan Majistret Solehah Noratikah Ismail, Azwanddin,46, didakwa telah melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan Ketua Polis Bandar Baru Klang, Asisten Superintenden Harun Abu Bakar untuk menyerang Balai Polis Klang.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang juga Penasihat Gagasan Tiga Malaysia (G3) turut didakwa mengaibkan seorang individu merupakan orang awam untuk membangkitkan kemarahan yang boleh memecahkan keamanan di hadapan Majistret Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin. - UTUSAN ONLINE