Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, sebaliknya beliau perlu menumpukan kerja-kerja memulihkan ekonomi.

“Kenyataan Ketua Polis Negara membuktikan kepada Malaysia bahawa ada usaha jahat dalam kalangan tertentu dengan melibatkan jumlah kewangan yang amat banyak bagi menjatuhkan reputasi seterusnya mematikan politik Mohamed Azmin.

“Namun, apa yang penting ialah pelaku dalam video tersebut juga tidak dapat dikaitkan dengan Mohamed Azmin,” katanya dalam kenyataan dalam akaun Facebook beliau, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, analisis pakar ke atas video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri tidak dapat mengaitkan pelaku dengan ahli politik berkenaan.

Kata Abdul Hamid, proses pengecaman wajah ke atas video lucah itu yang dibuat oleh CyberSecurity Malaysia adalah negatif, walaupun kebarangkalian ketulenan video lucah terbabit adalah tinggi.

Khairuddin turut mengucapkan syabas kepada pihak penguat kuasa undang-undang dan kepada pihak polis.

“Inilah yang membuatkan ramai ahli-ahli politik tanah air kita kecewa dengan budaya jahat ini yang dirancang secara terancang bagi menjatuhkan seseorang tokoh politik.

“Kini, rakyat sudah dapat kepastiannya dan teori konspirasi dirancang secara terancang untuk menjatuhkan politik Mohamed Azmin yang terbukti benar,” katanya - UTUSAN ONLINE