Timbalan Presiden PKR yang lengkap berbaju melayu berwarna ungu tiba bersama isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin.

Mohamed Azmin memasuki perkarangan dewan lima minit selepas ketibaan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS dan Kumpulan Anak Syarikat 2019 itu meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 pengunjung. - UTUSAN ONLINE