Larian yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Cahaya Qasih Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan itu dijangka bermula pada pukul 7 pagi sehingga pukul 1 petang.

Turut terlibat Majlis Bandaraya Alor Setar, polis, Duopharma (M) Sdn. Bhd. dan syarikat pengeluar roti, Gardenia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Kebajikan Cahaya Qasih, tujuan acara itu diadakan adalah bagi mencari dana bagi membantu keluarga, ibu tunggal, warga emas dan anak yatim dari golongan asnaf.

Kata kenyataan itu, hasil daripada kutipan yuran penyertaan iaitu sebanyak RM35 seorang akan disalurkan kepada mereka yang telah disenaraikan sebagai penerima bantuan dikenali sebagai Tabung Cahaya Qasih.

“Setiap penyertaan akan menerima sehelai baju T, medal, sijil serta cenderamata. Di samping itu, terdapat tiga hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi bersama hadiah iringan lain,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan tersebut lagi, pelbagai program akan turut diadakan pada tarikh itu bagi memeriahkan lagi acara berkenaan.

“Antaranya seperti Senam Seni Sihat, Pemeriksaan Kesihatan, pameran kesihatan dan taklimat penjagaan kesihatan daripada doktor pakar.

“Orang juga berpeluang beramah mesra bersama pemain bola sepak Kedah yang akan didatangkan khas pada hari berkenaan,” kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan sila hubungi wakil Persatuan Kebajikan Cahaya Qasih Malaysia di talian 018-2453371 atau 019-4923312 atau email ke: [email protected] - UTUSAN ONLINE