Video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya itu dibanjiri dengan komen yang berbaur hentaman dek perbuatan aktres tersebut yang dianggap berbahaya kepada pengguna jalan raya lain dan tidak wajar dijadikan contoh.

Niat asal Raja Ilya hanya mahu berkongsi produk kecantikan sambil menunjukkan cara yang betul menggunakan krim siang.

Bersikap profesional dan tidak mahu mengeruhkan keadaan, pelakon ini menelan sahaja kritikan yang dilemparkan kepadanya.

Apa pun memang ada benarnya komen warganet tersebut. Iyalah, malang tidak berbau dan di mana-mana sahaja boleh berlaku kemalangan walaupun sudah berhati-hati.

Diharapkan lepas ini Raja Ilya lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang foto atau video yang boleh menimbulkan perbalahan.

Sebelum ini para peminat sangat menyokong hubungan rapat pelakon Ayda Jebat dan Redza Rosli.

Walaupun tidak pernah mengisytihar diri mereka sebagai pasangan kekasih, namun ramai yang menganggap dua insan ini pasangan yang sedang hangat bercinta.

Namun, status hubungan Ayda-Redza menjadi tanda tanya apabila kedua-duanya tidak lagi berkongsi gambar atau berbalas komen dalam sosial media.

Malah mereka tidak lagi saling mengikuti Instagram masing-masing.

Kali terakhir mereka memuat naik gambar bersama ialah pada sambutan ulang tahun masing-masing sekitar Mac lalu. Ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini juga tiada gambar beraya bersama seperti yang dibuat tahun lalu.

Ketika ditanya kepada tuan punya badan, Ayda Jebat enggan komen dan tidak mahu menyentuh hal tersebut.

Justeru, apakah yang berlaku sebenarnya? Bergaduh sebagai kawan atau putus cinta? Moga ada penjelasan daripada mereka tidak lama lagi ya.