Bahagian itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bersama pegawai telah melakukan pemeriksaan di pasar raya berkenaan susulan laporan polis yang dibuat pengadu, semalam.

"Merujuk kepada isu tular ini pengadu telah datang ke Bahagian Pengurusan Halal JHEAT pada petang semalam selepas membuat laporan di balai polis.

"Setelah diperiksa oleh pegawai kami, ayam tersebut disahkan sempurna syarat sembelihannya," katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Halal JHEAT menasihati orang ramai

agar sentiasa menimba ilmu agama dalam menggapai kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.

Isu penjualan ayam yang kononnya tidak disembelih dengan sempurna di sebuah pasar raya itu tular dalam media sosial hari ini. - UTUSAN ONLINE