Begitulah pengalaman yang akan dirasakan oleh jemaah-jemaah haji Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Tabung Haji untuk penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah dan Jeddah untuk menunaikan ibadat haji tahun ini.

Perkhidmatan oleh Amal by Malaysian Airlines (MAS) itu merupakan perkhidmatan penerbangan khusus untuk jemaah haji dan umrah dari rantau ini, terutama jemaah dari Malaysia dan negara-negara jiran.

Ketua Pramugari Penerbangan Malaysia Airlines MH8100 (penerbangan pertama jemaah haji Malaysia KT1), Norlinda Muhammad berkata, perkhidmatan Amal telah diperkenalkan MAS sejak setahun lepas.

NORLINDA MUHAMMAD melayan para penumpang yang merupakan jemaah haji pertama berlepas ke taah suci da
NORLINDA MUHAMMAD (kiri) melayan para penumpang yang merupakan jemaah haji pertama berlepas ke tanah suci dalam penerbangan MH8100 dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Madinah, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

“Saya sangat teruja apabila dipilih untuk berkhidmat dalam penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ini,” katanya yang ditemui dalam penerbangan pertama KT01 tersebut, baru-baru ini.

Penerbangan tersebut menggunakan pesawat Airbus A380 yang dinaiki 483 jemaah beserta 22 kru, termasuk kapten dan tiga pegawai penerbangan.

Norlinda berkata, walaupun teruja tetapi dia sentiasa berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada para jemaah kerana kebanyakan daripada mereka telah berusia.

NORLINDA MUHAMMAD melayan para penumpang yang merupakan jemaah haji pertama berlepas ke taah suci da
NORLINDA MUHAMMAD melayan para penumpang yang merupakan jemaah haji pertama berlepas ke tanah suci dalam penerbangan MH8100 dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Madinah, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

“Ramai juga yang pertama kali menaiki pesawat dan mereka perlu diberi perhatian yang lebih bagi membuatkan mereka selesa sepanjang penerbangan ke tanah suci,” tambahnya.

Bagi pramugara, Mohd. Fauzi Abdul Habi, pemilihan untuk menyertai pasukan Amal adalah satu rahmat kerana ia merupakan peluang kepadanya untuk memberi khidmat terbaik kepada tetamu Allah tersebut.

“Ada sesetengah jemaah sanggup menjanjikan akan berdoa di tanah suci untuk kesejahteraan kami kerana berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan,” katanya.

Jemaah Noor Suriani Tajudin, 43, yang bersama suaminya menaiki pesawat A380 tersebut berkata, pengalaman tersebut adalah sangat bermakna kerana mereka tidak pernah menaiki apa-apa penerbangan sebelum ini, kecuali penerbangan dari Alor Setar ke KLIA pada hari tersebut. - UTUSAN