Kebakaran kira-kira pukul 4.45 pagi itu walau bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Komander Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Mohd. Ridzuan Nut Jamudin berkata, kebakaran itu melibatkan bangunan dua tingkat dengan anggaran kemusnahan 80 peratus.

"Bangunan ini merupakan asrama yang didiami oleh kira-kira 30 orang pelajar perempuan. Semasa kejadian, semua pelajar dan guru sedang bercuti sempena Hari Raya Aidiladha," katanya di sini.

Kata beliau, seramai 13 orang anggota bomba dari Sungai Petani bersama 13 orang anggota bomba sukarela di kawasan sekitarnya terlibat dalam operasi dan api berjaya dikawal pada pukul 5.13 pagi. - UTUSAN ONLINE