BBC melaporkan, maklumat tentang lokasi dan tarikh kematiannya sehingga kini masih dirahsiakan.

Kerajaan AS meneruskan usaha memburu Hamza dengan menawarkan habuan bernilai AS$ 1 juta (RM4 juta) bagi mana-mana pihak yang tampil memberi maklumat tentang keberadaannya.

Hamza, 30, sebelum ini mengancam untuk melakukan serangan keatas AS dan negara lain menerusi rakaman video dan audio yang tular.

Dalam pada itu, Presiden AS, Donald Trump dan penasihat keselamatannya, John Bolton mengunci mulut berkenaan perkara itu.

Hamza sebelum ini menyeru sekutunya melakukan serangan ke atas AS bagi membalas pembunuhan ayahnya sekitar Mei 2011.

Dia turut mengajak penduduk semenajung Arab bangkit memberontak sebelum Arab Saudi menarik kewarganegaraannya.

Hamza dikatakan berada dalam tahanan di Iran namun beberapa laporan mendakwa dia berada di Afghanistan, Pakistan dan Syria.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh dari kediaman Osama di Abbottabad, AS mendakwa Hamza telah dilatih untuk mengambil alih kepimpinan al-Qaeda.- AGENSI