Menurut laporan Saudi Gazette yang memetik sumber, yuran bagi visa tersebut adalah sebanyak SR300 (RM334) dengan pemohon perlu membayar tambahan SR140 (RM155) bagi insurans perubatan.

Tempoh sah laku visa tersebut adalah setahun dari tarikh pengeluaran dan tinggal di negara berkenaan adalah tiga bulan untuk setiap lawatan serta tidak lebih 180 hari.

Visa berkenaan akan diperoleh melalui platform elektronik dalam masa 30 minit atau melalui proses visa semasa ketibaan apabila pelancong tiba di Arab Saudi.

Bagi memperoleh visa ini juga, tiket pulang atau tempahan hotel tidak diperlukan sebaliknya alamat pelancong sudah mencukupi.

Salinan visa tidak diperlukan mencukupi salinan digital lebih selain pasport perlu sah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

Umat Islam yang menjalankan ibadat umrah semasa bukan musim haji boleh memasuki Mekah, melawat Madinah serta bandar-bandar lain di Arab Saudi sebagai pelancong.

Difahamkan, langkah kerajaan Arab Saudi tersebut akan membuka jalan untuk masyarakat dunia melihat keindahan Arab Saudi serta membolehkan negara tersebut meningkat sumber pendapatan selain hasil minyak.

Bilangan negara mendapat faedah daripada visa ini dijangka meningkat pada suku pertama tahun hadapan di samping yang sedia ada seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis, United Kingdom, Croatia, Singapura, Malaysia dan China. - UTUSAN ONLINE