Perkara tersebut dikongsikan dalam akaun Twitter Ahli Parlimen Port Dickson itu berserta beberapa gambarnya bersiap sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Alhamdulillah dijemput menjadi tetamu Allah menunaikan ibadat haji bersama Dr. Wan Azizah di Mekah. Semoga dipermudahkan setiap langkah di sana serta perjalanan kami diberkati.

"Berharap kelancaran dalam menyempurnakan ibadah haji, sekaligus pulang dengan mendapat haji yang mabrur," katanya dalam akaun media sosial tersebut sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE