ANWAR IBRAHIM

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, seluruh kerabat baginda dan rakyat negeri Pahang.

“Saya serta seluruh saf kepemimpinan dan anggota PKR berdoa agar Allah S.W.T mengurniakan keampunan dan melimpahkan rahmat buat almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

“Semoga roh almarhum Paduka Ayahanda Sultan ditempatkan bersama golongan yang soleh dan bertaqwa. Al-Fatihah,” katanya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Sultan Ahmad Shah, 89, merupakan Sultan Pahang kelima, mangkat di IJN pada 8.50 pagi tadi.

Baginda yang juga ayahanda kepada Al-Sultan Abdullah menyerahkan takhta kepada Yang di-Pertuan Agong pada 12 Januari lalu. - UTUSAN ONLINE