Program hasil kerjasama antara Anih dan Pejabat Ahli Parlimen Temerloh itu disumbangkan kepada komuniti Taman Lanchang Permai di sini.

Ahli Parlimen Temerloh, Mohd. Anuar Tahir berkata, sumbangan atas inisiatif Anih itu sangat bermakna dan menunjukkan komitmen syarikat berkenaan untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan bantuan.

"Terima kasih kepada Anih yang. Saya menyeru kepada semua pihak supaya mencontohi insiatif Anih dengan menyalurkan sumbangan yang memberikan manfaat kepada masyarakat setempat," katanya pada majlis korban dan kenduri kampung di pekarangan surau Taman Lanchang Permai di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE