Presiden Angkasa ,Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, menerusi kerjasama tersebut pihaknya akan bekerjasama dengan LHDN untuk mendaftar koperasi yang masih belum berbuat demikian supaya mereka dapat menguruskan cukai koperasi dengan lebih cekap.

“Sehingga kini sebanyak 3,584 daripada 14,094 koperasi di seluruh negara telah berdaftar dengan LHDN.

“Menerusi jalinan kerjasama ini kita menyasarkan untuk mendaftarkan lebih 5,000 koperasi dengan LHDN,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah.

Menurut Abdul Fatah, antara bentuk program yang dirancang untuk dilaksanakan ialah seminar, bengkel dan program kesedaran pengurusan cukai. - UTUSAN ONLINE