Channel News Asia melaporkan, dua lelaki dan seorang wanita hadir ke sidang akhbar berkenaan dengan menyarungkan ves kuning sambil memakai penutup muka.

"Kami menggesa kerajaan memulangkan kuasa kepada rakyat dan mengambil berat tuntutan-tuntutan masyarakat Hong Kong," jelas mereka dalam kenyataan yang dibacakan dalam bahasa Inggeris dan kantonis.

Pergolakan di Hong Kong semakin meruncing dengan penganjuran beberapa siri demonstrasi dan pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis.- AGENSI