Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sebelum pulang ke kampung halaman, orang ramai perlu memastikan keadaan rumah bersih daripada risiko pembiakan nyamuk aedes.

Beliau turut menasihatkan agar orang ramai membawa bekalan ubat-ubatan mencukupi serta memeriksa preskripsinya terlebih dahulu selain mengasingkan ubat-ubatan ahli keluarga lain untuk mengelakkan kekeliruan.

“Apabila pagi Syawal dan anda siap bersedia beraya, pastikan anda minum air kosong secukupnya dan kurangkan pengambilan air berkarbonat.

“Hidang buah-buahan kepada tetamu dan kawal pengambilan kalori di Aidilfitri ini,” katanya dalam satu video perutusan Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Beliau seterusnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga kementerian serta semua rakyat Malaysia. - UTUSAN ONLINE