Laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan, hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana yang berlaku di daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Bera dijangka berterusan sehingga malam ini.

Selepas itu, jabatan tersebut memaklumkan, cuaca dijangka beransur pulih.

"Nasihat hujan lebat peringkat kuning di negeri ini yang dikeluarkan semalam dijangka berterusan dari 28 hingga 30 Disember ini," jelas kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE