Pendirian tersebut dinyatakan ketika banyak pihak khususnya orang Melayu dan umat Islam resah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof yang juga Naib Pre­siden Amanah dalam isu berkenaan.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub berkata, negara mempunyai sistem tersendiri dan sebarang cadangan yang dilihat bertentangan dengan semangat Perlembagaan serta kerukunan hidup masyarakatnya perlu ditolak dengan tegas.

SALAHUDDIN AYUB
SALAHUDDIN AYUB 

“Senang. Apa-apa yang bertentangan dengan Perlembagaan dan budaya negara, kita tidak boleh terima (kerana) kita ada sistem sendiri, kita ada sikap kita sendiri, (iaitu) apa yang terkandung dalam Perlembagaan akan kita pertahankan,” katanya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani selepas majlis Bicara Minda anjuran Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.

Isu ratifikasi ICERD menjadi polemik yang serius terutama buat orang Melayu dan umat Islam di negara ini selepas Kerajaan Pakatan Harapan terutama parti komponennya iaitu DAP melahirkan kesediaan untuk menandatangani konvensyen tersebut.

Selepas dikritik banyak pihak, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia memutuskan menolak ratifikasi itu minggu lalu.

Kepada soalan mengenai tindak-tanduk Mujahid yang dilihat gagal bertegas dalam soal ICERD selain mengeluarkan siri kenyataan yang meresahkan orang Melayu serta umat Islam dalam isu berkenaan, Salahuddin berkata, itu berpunca daripada manipulasi.

“Kita bukan parti yang ding dong-ding dong begitu. Kita harus pertahankan dan kita ada Perlembagaan yang perlu kita pertahankan. Dia (Mujahid) jelas, cuma manipulasi itu yang kita rasakan perlu dielakkan,” ujarnya.