“Alhamdulillah, syukur,” katanya dalam ciapan dalam laman Twitter rasmi beliau, semalam.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, analisis pakar ke atas video tersebut yang dikaitkan dengan seorang menteri tidak dapat mengaitkan pelaku dengan ahli politik berkenaan.

Kata Abdul Hamid, proses pengecaman wajah ke atas video lucah itu yang dibuat oleh CyberSecurity Malaysia adalah negatif, walaupun kebarangkalian ketulenan video lucah terbabit adalah tinggi. - UTUSAN ONLINE