Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, disebabkan itu, dalam hal ini kepemimpinan PH tidak boleh asyik menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia melibatkan soal ekonomi negara.

"Akuilah kegagalan sendiri. Situasi perdagangan Amerika dengan China, memang mempengaruhi keadaan namun situasi ini juga berlaku sewaktu BN memerintah.

"Kos sara hidup semakin tinggi, peluang pekerjaan semakin kurang dan pengangguran meningkat, maka penyelesaian segera mesti dilakukan oleh kerajaan PH," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Shamsul Anuar, kerajaan PH terutama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng secara jelas dan terang gagal merangka sebarang formula untuk menjana pendapatan negara sebaliknya hanya meneruskan projek di zaman BN.

Kata Ahli Parlimen Lenggong itu, kekurangan pelaburan sangat ketara apabila Bursa Malaysia menyusut dan ditutup rendah pada paras sokongan utama 1,638 mata, berbeza dengan zaman BN sehingga 9 Mei tahun lalu iaitu 1,895 mata.

"Hutang negara pula, kini mencecah RM793.4 bilion dan angka itu hampir kepada RM800 bilion, dan jika Menteri Kewangan terus meminjam pasti menyebabkan hutang negara menjadi RM1 trilion," katanya. - UTUSAN ONLINE