Memetik portal Malaysiakini penafian itu dibuat oleh seorang pembantu Anwar ketika dihubunginya.

Akuan bersumpah palsu bertarikh 3 Julai lalu itu menyebut Anwar sedang menunggu nasihat Yang di-Pertuan Agong bagi peralihan kuasa memandangkan beliau mendapat sokongan dua pertiga untuk menggantikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Akuan tersebut juga mengatakan bahawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebelum ini Muhyiddin dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan menandatangani akuan bersumpah mengumumkan sokongan kepada Anwar bagi mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir sebelum ini berjanji menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar, walaupun tidak ada tempoh masa ditetapkan. - UTUSAN ONLINE