Walaupun berhadapan situasi getir termasuklah kelewatan jadual penerbangan, keadaan itu secara tidak langsung dapat mengurangkan pelbagai perasaan yang dialami penumpang.

Tinjauan Utusan Online di ruang legar balai pelepasan KLIA mendapati, bukan sahaja diagihkan air Milo secara percuma, malah mereka juga diberikan cawan mi segera Maggi.

Kesempatan itu membuatkan para penumpang tidak melepaskan peluang untuk menikmati kedua-dua hidangan tersebut secara percuma.

Menurut akaun Instagram Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), kedua-dua makanan dan minuman itu merupakan di atas inisiatif tanggungjawab sosial syarikat Nestle.

Sementara itu, gangguan sistem yang berlaku ekoran masalah sistem pangkalan di KLIA sejak Rabu lalu kini dilihat hampir pulih.

Operasi daftar masuk bagasi telah dilakukan secara automatik berbanding sebelum ini dibuat secara manual manakala papan maklumat penerbangan yang juga terjejas sebelum ini kembali berfungsi seperti biasa.-UTUSAN ONLINE