Memetik portal Arab News, Sultan Abdullah disambut oleh Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman dan berkenan melawat Masjid Nabawi, menunaikan solat Jumaat serta menziarahi makam Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

Sultan Abdullah berangkat ke Arab Saudi sempena lawatan khas ke negara itu bermula hari ini hingga 14 Julai.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, lawatan khas selama tiga hari itu adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud. - UTUSAN ONLINE