“Selamat menyambut perayaan Onam yang meriah dan diberkati kepada semua rakan daripada kaum Malayalee,” titah Seri Paduka berdua dalam hantaran menerusi akaun Instagram Istana Negara.

Onam, festival menuai masyarakat Malayalee, jatuh pada bulan pertama kalendar Malayalam dikenali sebagai ‘Chingam’ (bersamaan Ogos-September).

Ia disambut bagi meraikan maharaja legenda yang dipercayai pulang dengan hasil menuai yang banyak. - BERNAMA