Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata, Seri Paduka Baginda juga menzahirkan kesedihan atas berita menyedihkan yang turut membabitkan tiga rakyat negara ini .

“Seri Paduka mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan kepada masyarakat yang tidak berdosa dan berharap mereka (penembak) dibawa ke muka pengadilan.

“Doa kami bersama mereka yang tercedera dan mereka yang kehilangan orang tersayang,” katanya menerusi kenyataan Istana Negara di sini hari ini.

Menurut Ahmad Fadil, Seri Paduka Baginda turut mendoakan supaya rakyat Malaysia yang tercedera termasuk seorang yang dalam keadaan kritikal kembali pulih.

Semalam, dalam kejadian tersebut umat Islam di Masjid Al-Noor, Hagley Park dan Masjid Linwood, New Zealand ditembak secara rambang.

Insiden tersebut menyebabkan 49 maut manakala 48 cedera parah setakat dilaporkan semalam. - UTUSAN ONLINE