Antaranya ialah Masjid Al-Khairiah di Pengkalan Gate di sini, Masjid Idrisiah (Kuala Pari), Masjid As-Sobirin (Bandar Lahat Baru) dan Masjid As-Salam (Pengkalan Pegoh).

Tiga lagi ialah Masjid Al-Dinniah (Kampung Seri Kinta), Masjid Kampung Pasir Puteh dan Masjid Kampung Paloh.

Sumbangan ternakan korban itu menerusi peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan tersebut, Dr. Abdul Aziz Bari.

Pegawai Khas ADUN Tebing Tinggi, Sakdun Kayon berkata, sumbangan lembu itu bagi meneruskan tradisi sama sejak tahun lalu.

Katanya, sumbangan semua lembu berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM28,000.

"Sebanyak tujuh buah surau yang terletak di dalam DUN Tebing Tinggi pula turut menerima sumbangan seekor lembu menerusi peruntukan daripada Pejabat Menteri Besar.

"Surau-surau yang terpilih ini terletak jauh daripada masjid, jadi menerusi sumbangan ini kariah setempat dapat melaksanakan ibadah korban," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mewakili Abdul Aziz untuk menyerahkan seekor lembu di Masjid Al-Khairiah di sini hari ini.

Sementara itu, sebanyak 11 ekor lembu pula disumbangkan ADUN Sungai Rapat, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kepada surau dan madrasah di sekitar DUN tersebut.

Antaranya ialah Surau Kampung Tersusun Seri Rahmat, Madrasah Ehsaniah (Kampung Pisang), Surau Ikthisom (Desa Pakatan), Surau Rahmaniah (Maju Rapat) dan Surau As-Syakirin (Lapangan SSI).

Turut menerima sumbangan ialah Madrasah An-Najah (Rapat Jaya), Surau Al-Ikhlas (Desa Pinji), Surau TUDM, Persatuan Umi dan Umi (Desa Pelancongan), Persatuan Penduduk Taman Lapangan Jaya dan Persatuan Penduduk Lembah Permai.

Difahamkan ia melibatkan peruntukan sebanyak RM44,000. - UTUSAN ONLINE