Pesakit yang menerima sumbangan tersebut adalah dari wad kanak-kanak, wanita, lelaki dan wad bersalin.

Sumbangan menerusi program Semai Budi berkenaan disampaikan oleh Presiden PAKP, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant diiringi isterinya, Datin Amirah Sh. Ali.

Syed Mohammad Faiz berkata, PAKP berharap sumbangan itu dapat memberi sinar kebahagiaan kepada pesakit dan melupakan seketika masalah kesihatan dihadapi mereka.

"Program Semai Budi ini merupakan aktiviti tahunan PAKP sejak sepuluh tahun lalu setiap kali menjelang perayaan.

"Program ini adalah sebahagian daripada usaha mendekatkan diri dengan masyarakat dan melebarkan penglibatan PAKP dalam aktiviti kebajikan," katanya di sini hari ini.

Syed Mohammad Faiz berkata, selain membuat amal kebaikan seperti yang disarankan agama Islam, beliau percaya sumbangan itu secara tidak langsung memberi makna yang cukup besar kepada setiap penerimanya.

"Tambahan lagi, ada antara pesakit tidak mempunyai waris," katanya. - UTUSAN ONLINE