Namun katanya, Kabinet tidak dimaklumkan pertukaran itu melibatkan antara menteri mana dan siapa.

“Yang sebetulnya perubahan kecil portfolio antara menteri sahaja, jadi saya tidak tahu siapa yang kena untuk pertukaran ini.

“Kita tertakluk kepada sebarang kemungkinan, namun menteri tidak boleh cakap kementerian itu dia punya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi pelancongan separuh tahun pertama 2019, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr. Mahathir semalam berhubung kemungkinan berlaku pertukaran kecil portfolio menteri.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, beliau ada menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet berhubung pertukaran portfolio, namun belum memutuskan bila ia akan dilaksanakan.

Ditanya desakan Presiden Gerakan, Dominic Lau yang mahu beliau digugurkan daripada Kabinet, Mohamaddin berkata, sesiapa sahaja boleh mengeluarkan kenyataan.

“Gerakan boleh gugurkan saya jika mereka mahu namun saya hanya cakap apa yang PM (perdana menteri) beritahu,” tegasnya.

Sebagai rekod, Ahli Parlimen Silam itu dilaporkan mencapai indeks petunjuk prestasi (KPI) lebih 93 peratus bagi kementeriannya tahun lalu. - UTUSAN ONLINE.