Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (Ikatan), Shahir Adnan berkata, apa yang mengecewakan, kerajaan sebalik hanya memberikan alasan negara dibebani pelbagai hutang.

“Jika dahulu, ketika era Barisan Nasional (BN), duit raya mampu diberikan kepada peneroka Felda di saat belanjawan yang optimum, kenapa kini duit raya tidak mampu diberikan walaupun belanjawan PH merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negara ?

“Ini ditambah dengan belanjawan tambahan yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Kami berpendapat bahawa belanjawan terbesar ini tidak dinikmati rakyat, malah tidak mampu menurunkan hutang negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SHAHIR ADNAN
SHAHIR ADNAN

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini berkata, kerajaan tiada membuat keputusan berhubung pemberian ‘duit raya’ kepada peneroka Felda di seluruh negara,

Dalam pada itu, Shahir menggesa kerajaan agar memberikan ‘duit raya’ kepada peneroka Felda di saat harga sawit dan getah yang jatuh.

“Jualan tidak seberapa menyebabkan seluruh peneroka dan petani terpaksa mengikat perut untuk hidup. Harapan mendapat bantuan pula kini sunyi menyepi,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE