POSTER telemovie Demi Tuhan yang menimbulkan kontroversi dalam kalangan orang ramai. - UTUSAN ONLINE

Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta), Mohd. Zahid Mahmood Al-Hafiz berkata, drama tersebut juga perlu mematuhi semua syarat yang ditetapkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum dapat diluluskan tayangannya.

Katanya, Pinta juga memohon penjelasan daripada pihak penerbit bagi meredakan kontroversi serta menyelesaikan isu ini secara baik.

“Pinta mengambil langkah bertabayyun bagi meneliti keseluruhan isu termasuk menghubungi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), LPF dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat keenam.

“Perhatian dan kerjasama pihak yang terbabit bagi mengatasi masalah ini amat diharapkan agar kekeruhan yang ada di jernihkan serta imej agama dapat dipelihara sesuai dengan perlembagaan Islam adalah agama Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.-UTUSAN ONLINE