TANGKAP layar ciapan Twitter milik Nga Kor Ming mengenai mendiang datuknya yang wajar diberi penghargaan. - UTUSAN ONLINE

Dalam ciapan akaun Twitter miliknya, Kor Ming tanpa menyebut unit keselamatan yang disertai ahli keluarganya itu berkata, mendiang datuknya dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh wajar diberi penghargaan sebagai pejuang negara.

“Mendiang datuk saya dan @hannahyeoh adalah bekas perajurit yang mempertahankan negara semasa perang dunia kedua.

“Bila Jepun menjajah tanah air kita, mereka yang berkorban mempertahankan kedaulatan negara adalah wira dan wirawati, sumbangan mereka wajib diberi penghargaan ,” katanya.

Kenyataan Kor Ming menerima pelbagai reaksi menerusi bebenang akaun laman sosialnya itu dan menimbulkan persoalan dalam kalangan pengikutnya.

Bagi @Hanafiah67, dia menyifatkan kenyataan Kor Ming sebagai cubaan menulis semula sejarah lama.

“Cubaan menulis semula sejarah. Bagi lagi satu penggal dia orang akan buat tugu pula. Anak-anak di sekolah akan diajar mengenali datuk nenek mereka,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE