Terdahulu, enam perenang diketuai Inspektor Adni Shaari membawa obor merentasi Pantai Jerejak bermula pukul 6.30 pagi dan tiba di Jeti Markas Pasukan Polis Marin Batu Uban di sini kira-kira pukul 8.45 pagi.

Larian menuju ke Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang, Glugor itu disempurnakan Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye dan dimulakan Pegawai Kemajuan Negeri Pejabat Pembangunan Persekutuan negeri, Syed Shaari Syed Abdullah kira-kira pukul 9 pagi.

Turut dianjurkan di kompleks tersebut adalah pameran obor yang dijadualkan dari pukul 12 tengah hari hingga 6 petang hari ini.

Difahamkan, larian dan pameran tersebut akan turut dianjurkan di Politeknik Seberai Perai (PSP) esok. - UTUSAN ONLINE