Ia adalah sebahagian daripada keseluruhan 64 bilik asrama di madrasah berkenaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, Hashnuddin Hussin berkata, bagaimanapun kejadian kebakaran kira-kira pukul 10 pagi berkenaan tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

"Semasa kejadian, asrama berkenaan adalah kosong dan tidak didiami pelajar.

"Ketika ini pasukan bomba masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, bomba yang menerima panggilan pada pukul 10.28 pagi tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian dan memulakan operasi pemadaman.

Katanya, bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 10.51 pagi sebelum menamatkan operasi pada pukul 1.25 petang. - UTUSAN ONLINE