Program itu diadakan bertujuan meningkatkan kefahaman pengertian kemerdekaan dan menyemarakkan rasa sayang serta cinta kepada negara di kalangan ahli dan alumni MFLS dan orang awam.

Penyelaras program, Mohd. Shahrizan Ibrahim berkata, program diisi dengan senam robik, pertandingan mewarna, karnival sukan rakyat dan kuiz kenegaraan.

Katanya, kemuncak program itu dizahirkan dengan perarakan melibatkan tujuh buah kenderaan pacuan empat roda (4x4), 30 buah motosikal dari Besut Bikers Club (BBC) sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Perarakan sejauh 17 kilometer yang dilepaskan oleh Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh itu melalui beberapa buah kampung di kawasan Kuala Besut dan Kota Putera sebelum kembali semula ke kem belia wawasan itu.

"Menerusi perarakan ini, kita harap dapat memperkukuhkan jati diri dan semangat patriotisme di kalangan peserta dan golongan muda," tambahnya. - UTUSAN ONLINE