Mereka termasuk 60 penerima dari Sri Lanka yang menamatkan pengajian untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dan Diploma Bioteknologi dari Fakulti Sains Gunaan.

Pada majlis itu, Dillon Yap, 27, dari Fakulti Sains Gunaan menerima anugerah graduan terbaik keseluruhan sementara 19 graduan lain menerima anugerah terbaik untuk fakulti masing-masing.

Penyampaian skrol kepada para graduan telah disempurnakan oleh Canselor Universiti Nilai, Prof. Emeritus Tengku Shamsul Bahrin.

Yang turut hadir, Naib Canselor universiti itu, Prof. Dr. Roslan Zainal Abidin.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Dr. Roslan mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing dan menasihatkan mereka supaya sentiasa bekerja keras, berusaha meningkatkan penguasaan intelektual dan menyumbang kepada masyarakat dan negara.

"Saya juga meminta para graduan sentiasa berhubung melalui pejabat alumni kerana anda adalah duta terbaik untuk institusi ini," katanya. - UTUSAN ONLINE