Presiden PAKP, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, penerima sumbangan menerusi program itu ialah dari Kampung Lamir, Kampung Teluk dan Kampung Langgar.

“Program Ziarah Ramadan ini bagi membantu golongan kurang berkemampuan di daerah ini sekali gus memberikan mereka keceriaan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.

“Usaha PAKP ini bagi menjiwai dan merasai kesusahan hidup mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

Yang hadir sama Presiden Pertubuhan Wanita Anggun Malaysia (Anggun), Datin Faridah Ahmad.

Selain kuih raya, Anggun turut menyalurkan sumbangan tudung koleksi pertubuhan tersebut kepada penerima wanita untuk digunakan pada hari raya Aidilfitri ini.

Syed Mohammad Faiz berharap sumbangan PAKP dan Anggun itu dapat membantu golongan kurang berkemampuan di tiga kampung berkenaan sekali gus memberikan keceriaan kepada mereka. - UTUSAN ONLINE