Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, dalam pemeriksaan yang dilakukan, hanya 772 pusat tahfiz menepati kreteria ditetapkan JBPM.

“Isu utama membabitkan 495 pusat tahfiz berkenaan adalah berhubung kesesakan di asrama yang mana kita memberi penekanan kepada mereka supaya mewujudkan laluan bagi memudahkan pelajar menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.

“Kita juga minta pihak pusat tahfiz terlibat sediakan pintu kecemasan dan memastikan tempat memasak adalah berasingan dengan asrama pelajar,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Pengukuhan Skuad Bomba sempena lawatan kerja ke Ibu pejabat JBPM negeri di Indera Mahkota di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengarah JBPM negeri, Nor Hisham Mohammad.

Zuraida berkata, kesemua 495 pusat tahfiz terlibat telah diberikan notis selama tiga bulan bagi mematuhi kreteria ditetapkan JBPM. - UTUSAN ONLINE