Pengarahnya, Razali Wagiman berkata, anggota yang terlibat adalah dari setiap cawangan, stesen penguat kuasa dan stesen kawalan sempadan.

“Kita pada kali ini menyasarkan penurunan kadar kemalangan di lebuh raya sehingga 20 peratus dengan meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan.

“Sasaran utama adalah mengurangkan kadar kemalangan melibatkan motosikal sehingga 10 peratus,” katanya dalam sidang akbar di Pejabat JPJ negeri, Taman Daya di sini sebentar tadi.

Razali berkata, JPJ juga akan meningkatkan pemantauan ke atas pengusaha bas ekspres dan bas persiaran untuk tidak menurunkan atau mengambil penumpang di kawasan tidak dibenarkan bagi mengelak kemalangan dan kesesakan.

Beliau berkata, jika melakukan kesalahan itu akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 22 (b)(iv)(A) Akta Pengangkutan Awam Darat melibatkan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, operasi khas pengangkutan awam pada 13 hingga 21 Mei lalu berjaya menahan dua buah bas ekspres yang didapati mengambil penumpang di lokasi tidak dibenarkan serta tiada pemandu kedua. - UTUSAN ONLINE