Pengarah Urusan HADC, Datuk Johannis Al-Arif Ibrahim berkata, program itu bertujuan mendekatkan jenama Summerfield dengan pengguna di negara ini dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

“Gaya hidup yang sihat iaitu susu tersebut tiada sebarang bahan pengawet, lemak tambahan dan diperbuat daripada susu segar serta asli.

“Kira-kira 400 peserta menyertai larian tersebut seiring memulakan waktu pagi dengan aktiviti itu supaya dapat mengamalkan gaya hidup sihat sambil menikmati minum susu yang berkhasiat,” katanya ketika ditemui dalam program tersebut.

Johanis menambah, pihaknya juga turut menyediakan hadiah kepada pemenang melibatkan dua kategori iaitu lelaki dan wanita.

“Mereka membawa pulang hadiah wang tunai mengikut kategori masing-masing iaitu tempat pertama menerima RM2,500 diikuti kedua, RM1,000 dan RM500 tempat ketiga.

“Pemenang utama larian susu Summerfield kategori lelaki ialah Sivaneshwaran, 21 manakala kategori perempuan, Sheela Samivellu, 39,” katanya.

Menurutnya, pihaknya bercadang meneruskan aktiviti itu dan akan meningkatkan nilai hadiah kepada pemenang.

“Summerfield akan menganjurkan larian serupa pada Ogos ini di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah,” katanya. - UTUSAN ONLINE