Perhimpunan anjuran Masjid Al-Itiqan dengan kerjasama Yayasan Al-Busyraa yang diadakan kira-kira pukul 6.30 petang itu diketuai oleh Imam Masjid Mukim Bunohan, Ismail Yaacob.

Yang turut hadir, Pengerusi Yayasan Al-Busyraa, Datuk Zulkifli Abdullah.

Ismail berkata, bantahan tersebut diadakan sebagai salah satu bentuk kecamanan terhadap tindakan Trump yang dilihat seolah-oleh menyokong tindak-tanduk rejim Zionis.

"Selain bantahan, kita turut mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan umat Islam di Palestin," katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata, tindakan Trump dilihat boleh mencetuskan perang dingin antara dunia Islam dengan barat.

Malah katanya, tindakan tersebut juga telah menguris hati penduduk Islam di seluruh dunia memandangkan Baitulmuqaddis adalah merupakan kota suci bagi umat Islam.

"Trump sepatutnya celik sejarah kerana Baitulmuqaddis adalah hak mutlak umat Islam," katanya. - UTUSAN ONLINE