Jurucakap polis berkata, seorang wanita ditahan selepas dia menggunakan sepucuk pistol menembak dua lelaki dan dua wanita.

Rakaman televisyen tempatan menunjukkan seorang lelaki berumur terbaring di atas tanah dengan kesan tompokan darah berhampirannya ketika seorang lagi mangsa dirakam cedera di kepala.

Kesemua mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital dengan motif kejadian masih dalam siasatan. - REUTERS