Kategori penerima anugerah meliputi Penghargaan Khas 35 tahun perkhidmatan, Perkhidmatan Setia (25 tahun), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MDHS 2018, Anugerah Kepujian Khas Yang Dipertua(YDP) MDHS dan Anugerah Khas Media.

Dalam ucapannya YDP MDHS, Shukri Mohamad Hamin berkata, penerima dipilih melalui tapisan dan kriteria ditetapkan Panel Pembangunan Sumber Manusia MDHS dan perakuan Pengarah Jabatan serta ketua Bahagian masing-masing.

“Melalui pengiktirafan ini diharap menjadi pendorong serta menyuntik semangat kepada kakitangan untuk terus berkhidmat dengan lebih baik, berkualiti dan menjadi contoh kepada rakan sekerja lain,” ujarnya.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri, Zamani Ahmad Mansor.

Yang turut hadir, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Muzaffar Raja Redzwa, Timbalan YDP MDHS,Awaluddin Zakaria, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Musa Ramli serta Ahli-Ahli Majlis MHDS. -UTUSAN ONLINE