Dalam Op Gegar yang bermula pukul 3 pagi itu, kesemua yang ditahan berusia antara 21 hingga 58 tahun.

Turut ditahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, mereka yang ditahan telah melakukan kesalahan kerana bekerja secara tidak sah.

Katanya, sehubungan itu, kesemua warga asing berkenaan melakukan kesalahan di bawah Perkara 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

"Mereka ditahan di lokap Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Alor Setar sebelum diserah ke Depot Imigresen Belantik, Sik," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. - UTUSAN ONLINE