AFP yang memetik Ketua Polis Dayton, Richard Biehl sebagai berkata, 20 daripada mereka mati ditembak ketika sedang membeli-belah di

Walmart in El Paso sementara sembilan lagi ditembak di luar sebuah kelab malam terkenal di Dayton, Ohio dalam tempoh 24 jam.

Menurutnya, suspek berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Connor Betts itu ditahan polis yang tiba di tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan

Berdasarkan maklumat awal, adik perempuan suspek, Megan Betts, 22, adalah antara 29 mangsa yang mati dalam serangan rambang itu.

Dalam pada itu, President Mexico, Andres Manuel memberitahu, enam daripada mangsa yang terbunuh adalah penduduk Mexico.

Ekoran itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan bendera AS di semua bangunan kerajaan, tentera dan White House dikibarkan separuh tiang sehingga 8 Ogos ini sebagai tanda berkabung susulan insiden itu. - AFP