Seramai 261 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menyertai Kejohanan Merentas Desa PPKI peringkat daerah Besut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah di sini hari ini.

Mereka yang mewakili 12 buah sekolah menengah dan 25 buah sekolah rendah dibahagikan kepada kategori junior lelaki dan perempuan selain senior perempuan serta senior lelaki.

Bagi kategori senior lelaki, ia melibatkan jarak sejauh 6 kilometer manakala senior perempuan pula sejauh 4 kilometer.

Tiga pemenang dari setiap kategori yang dipertandingkan akan dipilih untuk mewakili daerah Besut ke kejohanan peringkat negeri yang bakal diadakan di Kuala Berang, Hulu Terengganu tidak lama lagi.

Pegawai Ko-Kurikulum Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan negeri, Asohan Embong hadir bag menyempurnakan majlis perasmian penutup kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. - UTUSAN ONLINE